Tuesday 4 November 2014

PENANGGUHAN ULU BERNAM MTB JAMBOREE 9112014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan Riders,

Selaku wakil pihak penganjur, dukacita dimaklumkan bahawa kayuhan yang dijangkakan akan berlangsung pada Ahad 9 November 2014 terpaksa ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Ini adalah kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur akan memulangkan semula yuran penyertaan kepada semua peserta yang telah membuat bayaran dengan secepat mungkin.

Mohon kerjasama dari semua peserta untuk menghubungi En. Halim Awang (012-5245969) dan En. Zainoor Hisham Tahir (019-6562828) untuk proses pemulangan yuran penyertaan.

Bagi pihak penganjur, kami memohon ribuan kemaafan di atas segala kesulitan yang timbul.

Sekian terima kasih. 

No comments:

Post a Comment